Hero

Sabtu, sungguh terhibur hari aku. Pagi itu, baru aku melangkah sekali ke ruang itu, whatsapp aku terus berlagu. Hebatnya kau, cepat sungguh kau lihat kehadiran aku. Bermulalah senyuman aku untuk hari itu. Dengan dia yang tak berhenti bercerita tentang kau. Indahnya dunia, malam itu kita diberi peluang untuk bercakap telefon. Suara kau! Tolonglah datang, sehari pun boleh buat aku bahagia! 

Selasa, malam itu kau kirim foto lokasi kau berada. Akhirnya! Kita di satu bumbung, tapi maafkan perangai pelik aku itu. Aku buntu tanpa dia. Di hari terakhir itu, walaupun lewat, ada sesuatu yang kau tinggalkan buat semua. Dan aku harap, cuti nanti kau datang lagi.





Terima kasih semua! Terima kasih 'TM'! Terima kasih adik!


14112015

Waiting

Semalam, hati aku terlalu berbunga. Pertama kali aku jumpa perempuan sehebat kau. Berani, lantang, dan matang sebelum usia. Respect! Tapi maaf, aku tak boleh mengatakan ya, kerana suatu hari nanti pasti memakan diri sendiri. Hari ni aku nampak kau cuba lagi. Nanti kau balik Malaysia kita gather, sekali lagi.


Cepat sikit cuti semester boleh tak?

Aku tak tahu mana dia tahu, tapi aku tahu hanya dia yang boleh tolong aku. Good luck test yang berderet tu. Kau boleh survive percayalah. Kau doa doa lah, satu hari nanti kita dapat pergi trip sama sama lagi. Aku harap sebijak mana IT yang kau miliki, semoga kau tak jumpa blog aku melainkan dari aku kau tahu.

15102015